Monday, 1 August 2011
Menjaga Akhlak di Bulan Ramadhan
Sebagai persediaan memasuki Ramadan, kita boleh gariskan beberapa objektif diantaranya adalah seperti berikut:
1. Qiyamullail (ibadah malam), puasa dan ibadah umum seperti
membuat kebajikan, menyumbang kepada kemajuan umat dan Negara
dan sebagainya.
2. Mendapatkan pengajaran dari hikmah puasa seperti mengembalikan kesihatan dan
menyembuhkan penyakit-penyakit. Sebaiknya hendaklah direncana pemakanan
sepanjang bulan ini.
3. Meningkatkan akhlak yang banyak dibentuk dengan berpuasa seperti akhlak Al-Hilm
(sopan santun) dan amanah.
4. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dalam dua bidang khusus iaitu
"fiqh dan ringkasan sejarah Nabi saw".
5. Belajar berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.
6. Menyemat dan menguatkan rukun Iman dalam diri dengan membaca Al-Quran, tadabbur
ayat-ayatnya, berzikir dan menambah ilmu.
7. Menitikberat melakukan ibadat-ibadat dengan kualiti yang tinggi seperti khusyuk di
dalam solat, berpuasa anggota dan hati dan sebagainya dan bukan berpada sekadar
ibadah melalui aktiviti anggota luaran semata-mata.
8. Melatih melawan jiwa yang telah sebati dengan adat kebiasaan yang melalaikan. Ini
boleh dicapai dengan mengerjakan Qiyamullail dan menahan kemarahan.
9. Menjaga waktu, tidak mengsia-siakannya di depan televisyen, bersembang kosong dan
sebagainya. Sebaiknya di dalam bulan Ramadan ini televisyen ditutup, tidak duduk
bersama seseorang tanpa sebarang tujuan atau faedah, membersih rumah dan tidak
ke kedai atau pasar setiap hari supaya masa dapat dimaksimakan kearah ibadat.
10. Membiasakan diri dengan kehidupan yang teratur seperti mengambil berat susunan
dalam rumah dan menyediakan makanan pada masanya.
11. Menggunakan kesempatan bulan dimana hati-hati manusia terbuka kearah kebaikan
dengan cara mengajak masyarakat mentaati Allah swt seperti menutup aurat dan
mendirikan solat pada waktunya. ayat-ayatnya, berzikir dan menambah ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment