KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)
*****
Hukum Solat Sunat Terawikh
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang- orang
Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada
secara berseorangan atau berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang
orang-orang Islam.
*****
Waktu Mengerjakan Solat Terawikh
Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
*****
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan
sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8
rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
c) Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya
sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam
pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap
satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat
*****
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)





No comments:
Post a Comment