Tuesday, 9 August 2011
Hayati Ilmu Islam: Ganjaran Bersedekah
Hayati Ilmu Islam: Ganjaran Bersedekah: "(sedekah harta) Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan m..."
Ganjaran Bersedekah
(sedekah harta)
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Bukhari)
Huraian:
- Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
- Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
- Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
- Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.
(sedekah bacaan yassin untuk yg hidup/yg sudah tiada)
Tuesday, 2 August 2011
Zakat Fitrah
Zakat berasal dari akar kata zaka yang berarti suci, baik, berkah, tumbuh, atau berkembang. Menurut terminologi syari'at (istilah), zakat adalah nama bagi sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah subhanahu wa ta'ala untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak menerimanya (mustahiq) dengan persyaratan tertentu pula.
Di Malaysia wujud 5 jenis zakat yg disediakan
1. Zakat Fitrah
2. Zakat Emas & Perak
3. Zakat Simpanan
4. Zakat Pendapatan
5. Zakat KWSP
Syarat-syarat Wajib Zakat
a. Muslim
b. Aqil
c. Baligh
d. Memiliki harta yang mencapai nishab
Zakat Fitrah
عَنْابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَزَكَاةَ
الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًامِنْ
شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنْالْمُسْلِمِينَ
* رواه مسلم
Dari Ibnu Umar, sesungguhnya Rasulullah saw. telah mewajibkan zakat fitrah pada
bulan Ramadhan atas orang-orang sebesar 1 sha' kurma, atau 1 sha' gandum, wajib
atas orang merdeka, hamba sahaya, laki-laki dan perempuan, dari kaum muslimin"
H.r. Muslim
Firman Allahخُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْصَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ
عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَسَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan
dan mensucikan mereka dan bendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu
itu(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Q.s. At-Taubah:103
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ زَكَاةَالْفِطْرِ طُهْرَةً لِالصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةًلِالْمَسَاكِينِ
Dari Ibnu Abas, ia berkata, "Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah sebagai pensuci
bagi yang saum dari ucapan sia-sia dan mungkar dan sebagai makanan bagi orang miskin
" (H.r.Abu Daud)
كُناَّ نُخْرِجُ فِي عَهْدِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الفِطْرِ صَاعًا مِنَالطَّعَامِ. رواه البخاري
"Kami (para sahabat) mengeluarkan zakat firtah dizaman Rasulullah saw. pada
(waktu) hari raya fitri (berupa) satu sho' dari makanan". (H.r. Al-Bukhari)
Setiap pembayar zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk
diri dan tanggungannya atau sebagai wakil.
Syarat-syaratnya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal.
- Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan.
- eseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.
- Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal.
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad
bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.
Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh
Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Waktu wajib
Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadan
Waktu Makruh
Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi
wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada.
Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Haram melengahkan pembayaran zakat fitrah sama ada sengaja atau terlupa sehingga terbenam matahari satu syawal. Sekalipun demikian anda tetap wajib qada bayar zakat fitrah tersebut.
Rasulullah SAW dalam sabdanya riwayat daripada yang bermaksud:
“Zakat fitrah itu tunaikan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan
yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat ‘Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja.”
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
NIAT DAN LAFAZ AKAD FITRAHMereka yang berfitrah hendaklah ia berniat seperti berikut:
1. Diri sendiri.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
2. Diri dan tanggungan.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
3. Bagi pihak.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”
1. Diri sendiri.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
2. Diri dan tanggungan.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
3. Bagi pihak.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Monday, 1 August 2011
Panduan Solat Terawikh
KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)
*****
Hukum Solat Sunat Terawikh
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang- orang
Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada
secara berseorangan atau berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang
orang-orang Islam.
*****
Waktu Mengerjakan Solat Terawikh
Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
*****
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan
sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8
rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
c) Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya
sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam
pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap
satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat
*****
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Menjaga Akhlak di Bulan Ramadhan
Sebagai persediaan memasuki Ramadan, kita boleh gariskan beberapa objektif diantaranya adalah seperti berikut:
1. Qiyamullail (ibadah malam), puasa dan ibadah umum seperti
membuat kebajikan, menyumbang kepada kemajuan umat dan Negara
dan sebagainya.
2. Mendapatkan pengajaran dari hikmah puasa seperti mengembalikan kesihatan dan
menyembuhkan penyakit-penyakit. Sebaiknya hendaklah direncana pemakanan
sepanjang bulan ini.
3. Meningkatkan akhlak yang banyak dibentuk dengan berpuasa seperti akhlak Al-Hilm
(sopan santun) dan amanah.
4. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dalam dua bidang khusus iaitu
"fiqh dan ringkasan sejarah Nabi saw".
5. Belajar berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.
6. Menyemat dan menguatkan rukun Iman dalam diri dengan membaca Al-Quran, tadabbur
ayat-ayatnya, berzikir dan menambah ilmu.
7. Menitikberat melakukan ibadat-ibadat dengan kualiti yang tinggi seperti khusyuk di
dalam solat, berpuasa anggota dan hati dan sebagainya dan bukan berpada sekadar
ibadah melalui aktiviti anggota luaran semata-mata.
8. Melatih melawan jiwa yang telah sebati dengan adat kebiasaan yang melalaikan. Ini
boleh dicapai dengan mengerjakan Qiyamullail dan menahan kemarahan.
9. Menjaga waktu, tidak mengsia-siakannya di depan televisyen, bersembang kosong dan
sebagainya. Sebaiknya di dalam bulan Ramadan ini televisyen ditutup, tidak duduk
bersama seseorang tanpa sebarang tujuan atau faedah, membersih rumah dan tidak
ke kedai atau pasar setiap hari supaya masa dapat dimaksimakan kearah ibadat.
10. Membiasakan diri dengan kehidupan yang teratur seperti mengambil berat susunan
dalam rumah dan menyediakan makanan pada masanya.
11. Menggunakan kesempatan bulan dimana hati-hati manusia terbuka kearah kebaikan
dengan cara mengajak masyarakat mentaati Allah swt seperti menutup aurat dan
mendirikan solat pada waktunya. ayat-ayatnya, berzikir dan menambah ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)














